tag:blogger.com,1999:blog-53878965524519382752024-03-06T13:29:37.143+08:00Legion 13Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.comBlogger7125tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-27816503507162647892014-01-03T11:23:00.003+08:002014-01-03T11:23:51.963+08:00BALASAN ORANG BERSABAR

DAN sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Nahl: 110)

Ibnu Jarir berkata: Sesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad bagi sesiapa yang berhijrah dan berpindah ke negeri Islam selepas berada dalam fitnah golongan musyrikin sudah pasti akan mendapat kebaikan daripada Allah SWT."

Ibnu Kathir berkata: Di sana terdapat golongan mustadafiin tinggal di Mekah dalam keadaan hina dan terdedah daripada fitnah.

Sayyid Qutub berkata: Mereka adalah terdiri daripada orang-orang Arab yang lemah. Mereka ditindas oleh kaum Musyrikin yang zalim supaya meninggalkan agama Islam yang telah dianuti mereka. Mereka ditindas dengan azab seksa dan lainnya, tetapi mereka telah berpindah dari Mekah selepas penindasan-penindasan itu setelah mereka mendapat peluang berbuat begitu dan setelah keIslaman mereka mencapai tahap yang baik. Mereka telah berjihad kerana agama Allah dengan sabar dan gigih memikul tugas-tugas dakwah. Oleh itu, Allah menyampaikan berita kepada mereka bahawa Dia akan mengurniakan keampunan dan limpah rahmat-Nya kepada mereka.

Saya ingin mengemukakan satu episod hijrah baginda SAW ketika singgah di Qubaâ dan memasuki kota Madinah.

Pada hari Isnin 8 Rabiulawal tahun 14 Kenabian, tahun pertama hijrah bersamaan 622M, baginda tiba di Qubaâ. (rujuk Rahmah Li al-Alamin 1/102.)

Pada hari tersebut genaplah usia Rasulullah SAW 53 tahun, sementara kenabiannya genap 13 tahun. Ini berdasarkan pendapat yang mengatakan baginda dilantik menjadi Nabi pada 9 Rabiulawal tahun 41 Tahun Gajah.

Urwah bin al-Zubair berkata: âOrang-orang Islam di Madinah mendengar Rasulullah SAW telah keluar dari Mekah. Setiap pagi mereka akan keluar ke padang lapang untuk menanti ketibaan NAbi SAW. Apabila panas semakin terik, mereka pulang dan terus menanti dengan penuh kehampaan setiap kali menunggu. Setelah pulang ke rumah masing-masing, seorang lelaki Yahudi mendaki salah sebuah tembok kepunyaan mereka untuk melakukan sesuatu tugas. Tiba-tiba, dilihatnya Rasulullah SAW dan sahabatnya berpakaian putih terlindung oleh fatamorgana.â

Dia tidak dapat menahan perasaannya lalu bersuara: âHai sekalian orang Arab, inilah pemimpin kamu yang dinanti-nantikan. Lalu orang Islam segera keluar dengan membawa senjata masing-masing.â (rujuk Sahih al-Bukhari 1/55)

Ibnu Qayim berkata: âKedengaran bunyi riuh-rendah dan takbir di perkampungan Bani âAmru bin Auf dan orang-orang Islam turut bertakbir lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda SAW. Mereka segera keluar untuk bertemu Rasulullah SAW dan mengalu-alukan kedatangan seorang Nabi. Mereka mengelilingi Baginda dan berpusing di sekitarnya.â

Ketenangan menyelubungi diri baginda lantas turun wahyu Allah SWT yang bermaksud: Kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain daripada itu Jibril serta orang-orang yang soleh daripada kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya. (al-Tahrim: 4)

Urwah bin al-Zubair berkata: âMereka bertemu Rasulullah SAW dan Baginda mengambil kedudukan di sebelah kanan mereka sehingga Rasulullah SAW berhenti di tempat Bani Amru bin Auf. Hari tu ialah hari Isnin, bulan Rabiulawal. Kemudian Abu Bakar r.a bangun mengadap manusia sementara Baginda berdiam diri. Orang Ansar yang tidak pernah melihat Rasulullah SAW segera mengalu-alukannya.â

Dalam riwayat lain menyebutkan: âMereka segera datang kepada Abu Bakar r.a dan apabila matahari terik mengenai Rasulullah SAW, lantas Abu Bakar r.a tampil menaungi Baginda dengan kain selendangnya. Justeru, tahulah mereka yang mana satu Rasulullah SAW.â (rujuk Sahih al-Bukhari 1/555)

Semua penduduk Madinah bergegas menyambut kedatangan Nabi SAW. Tatkala itulah orang Yahudi melihat sendiri benarnya perkhabaran Nabi Habquq dalam kitab mereka: âSesungguhnya Allah datang dari Tayman dan Quddus datang dari bukit-bukit Faran.â (rujuk Sahifah Habaquq 3/3)

SEMASA di Qubaâ, Rasulullah SAW singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Ada pendapat mengatakan: Bahawa baginda singgah di rumah Saâad bin Khaithamah. Pendapat yang pertama adalah lebih thabit dan kuat. Ali bin Abu Talib r.a pula berada di Mekah selama tiga malam. Sehingga dapat menyelesaikan semua barang-barang amanah orang yang disimpankan kepada baginda. Kemudian, dia berhijrah dengan berjalan kaki sehingga menemui Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a di Qubaâ dan dia singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. (rujuk Zad al-Maâad 2/54, Sirah Ibnu Hisham 1/493 dan Rahmah Li al-Alamin 1/102)

Di Qubaâ Rasulullah SAW menetap selama empat hari iaitu pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda membina Masjid Qubaâ dan bersembahyang di dalamnya. Itulah masjid pertama dibina atas dasar takwa selepas baginda menjadi Nabi. Pada hari Jumaat dengan perintah Allah SWT, baginda bergerak menuju Madinah bersama Abu Bakar.

Baginda menghantar utusan kepada Bani al-Najjar yang merupakan kaum kerabat bapa saudara baginda sebelah ibu. Kemudian mereka datang dengan membawa pedang. Baginda bertolak menuju ke Madinah dan waktu solat Jumaat, Baginda sampai di kampung Bani Salim bin Auf. Di situ, baginda bersolat berjemaah dengan 100 orang lelaki. (rujuk Sahih al-Bukhari 1/555, 560. Zad al-Maâad 2/55. Sirah Ibnu Hisham 1/494. Rahmah Li al-Alamin 1/102)

Tiada tandingan

Berdasarkan pengamatan, jelas menunjukkan hijrah mempunyai pelbagai kelebihan yang tiada tandingan dan bandingan. Isu pengorbanan merupakan perkara pokok dalam hijrah yang telah dijelmakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Penulis menukilkan dari buku Mengenali Rasulullah SAW antara lain menyebut: Allah SWT mensyariatkan prinsip berkorban dengan harta dan tanah air demi mepertahankan akidah dan agama apabila diperlukan.

Dengan pengorbanan ini sebenarnya umat Islam telah memelihara harta, negara dan kehidupan walaupun kelihatan pada awalnya mereka kehilangan segala-galanya.

Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwah dan sikap saling membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat Islam pada setiap masa. Sebaliknya kecuaian dalam menjalankan perintah Allah, inilah merupakan punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya. Hinggakan mereka seperti boleh dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh Islam) di mana-mana sahaja.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-16841015772881994332014-01-03T11:16:00.003+08:002014-01-03T11:16:56.439+08:00BIBLE BAHASA MELAYU DIRAMPAS

Petaling Jaya - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang ini.

Dalam serbuan tersebut, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis itu, Sinclair Wong.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan di bawah Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam.

"Satu laporan polis telah dibuat dan mereka dibawa ke Balai Polis Damansara untuk memberikan keterangan berhubung serbuan itu dan kesemua naskah yang dirampas," kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kata sumber itu lagi, Min Choon dan Wong bagaimanapun telah dibebaskan atas jaminan polis kira-kira pukul 4 petang dan diarahkan hadir ke pejabat JAIS pada 10 Januari depan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Ahmad Zaharin Mohd. Saad ketika dihubungi mengesahkan serbuan dan penahanan itu.

Beliau memohon kepada semua pihak memberi peluang dan ruang kepada bahagian penguatkuasaan JAIS dan polis untuk melakukan siasatan serta tidak mempolitikkkan isu itu.

Sementara itu, Min Choon ketika ditemui di perkarangan balai polis mendakwa, beliau terkejut dengan serbuan itu kerana mendakwa pihaknya telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengimport Bible versi bahasa Melayu.

"Sejak beberapa tahun lalu kami sentiasa berhubung dengan Putrajaya dan mendapat kebenaran untuk mengimport dan mengedarnya di Sabah dan Sarawak.

"Sementara itu di Semenanjung Malaysia, asalkan Bible itu mempunyai lambang salib dan tertera perkataan 'penerbitan untuk Kristian' di kulitnya, maka kami boleh mengimport dan mengedarnya dalam kalangan penganut agama itu," dakwanya.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Keputusan itu merupakan isyarat jelas kepada semua pihak bahawa kalimah Allah adalah milik agama Islam kerana penggunaannya dalam agama lain dilihat boleh mengeruhkan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-61733186311229052032014-01-03T01:05:00.001+08:002014-01-03T01:06:26.287+08:00LANGKAH PENJIMATAN MENDAPAT SAMBUTAN RAKYATKUALA LUMPUR 2 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini berkata langkah-langkah pengurangan kos perbelanjaan kerajaan
yang diumum Isnin lepas mendapat maklum balas baik daripada rakyat.

Najib dalam catatan terbaru beliau di Facebook berkata
langkah-langkah yang diumumkan itu adalah permulaan kepada kaedah lain
yang bakal dilaksanakan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa.

"Kita juga akan turut mengurangkan penggunaan kain pemidang bagi
penganjuran majlis-majlis rasmi kerajaan, mengoptimum penggunaan ruang
pejabat sedia ada untuk mengurangkan kos sewa premis.

"Pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) juga akan diguna
dengan mengoptimum penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan
kemudahan-kemudahan institusi latihan milik kerajaan," katanya.

Isnin lalu Najib mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan
perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri
dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak
lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama
Sektor Awam C (Jusa C) ke atas. - BERNAMA

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-3401724177983549732013-06-06T20:03:00.000+08:002013-06-06T20:03:14.172+08:00TRIBUTE P. RAMLEE

TRIBUTE P. Ramlee bukan sahaja pertama kali dianjurkan berdasarkan penerbitan telemovie hasil idea serta karya lagu-lagu P. Ramlee tetapi anugerah seperti itu juga julung-julung kalinya diadakan pada 7 Jun ini, di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, sebelum ini Istana Budaya hanya mementaskan pementasan teater, muzikal, bangsawan dan konsert sahaja sejak penubuhannya lebih 10 tahun lalu.

Jelas Juhari Tribute P. Ramlee secara tidak langsung mencetuskan idea buat Istana Budaya bagi mempelbagaikan lagi fungsi tempat itu dalam menganjurkan pelbagai jenis acara dalam cabang bidang seni yang lebih pelbagai.

"Ini kali pertama Istana Budaya menjadi tempat majlis anugerah yang berkaitan dengan bidang lakonan. Malah, ia secara tidak langsung membuka lebih banyak idea untuk Istana Budaya menjadi tempat pelbagai acara selepas ini.

"Selepas ini Istana Budaya juga akan membuka ruang bagi tayangan atau pratonton filem secara eksklusif kepada para penerbit yang berminat untuk menggunakan tempat ini. Tetapi kami akan kawal supaya prestij tempat ini terjaga.

"Tribute P. Ramlee adalah sebagai permulaan dan anugerah ini menjadikan Istana Budaya menjadi lebih versatil sama fungsinya seperti Royal Albert Hall di London," katanya kepada Hits semasa dihubungi baru-baru ini.

Tambahnya penganjuran Tribute P. Ramlee juga bertepatan dengan aktiviti atau jadual tahunan yang mana tarikh penganjuran anugerah itu bertepatan dengan sambutan Hari Seniman Negara dari 29 Mei hingga 30 Jun ini.

Sehubungan itu katanya, Istana Budaya akan menggunakan sepenuhnya kemudahan dan kepakaran yang dimiliki bagi menjayakan anugerah Tribute P. Ramlee yang bertujuan mengenang bakat serta karya-karya seniman tersebut.

"Istana Budaya akan menggunakan segala tenaga kerja yang ada misalnya dalam bidang koreografi dengan menampilkan kira-kira 50 penari kami bagi membantu memeriahkan persembahan pada malam anugerah itu nanti," ujarnya.

Tribute P. Ramlee yang dianjurkan oleh Suhan Movies & Trading, RTM serta kerjasama Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi merupakan antara acara berprestij yang bakal diadakan di Istana Budaya dan mencuri tumpuan ramai.

Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading, Rosyam Nor, anugerah itu bukan sahaja menyaksikan kehadiran ramai pelakon baru dan lama tetapi ia juga mampu menarik perhatian para penonton untuk turut hadir menyaksikannya.

"Saya difahamkan ramai VIP seperti Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara yang akan hadir menyaksikan anugerah itu. Sebuah bas akan membawa artis-artis veteran dari Singapura.

"Mereka antaranya terdiri daripada pelakon Momok Latif, Zaiton serta artis Malaysia seperti Datuk Aziz Sattar, Mariani dan ramai lagi. Dijangkakan anugerah itu akan berlangsung dengan meriahnya nanti," jelasnya.

Kata Rosyam, bagi menambahkan lagi kemeriahan lebih 300 artis termasuk yang baru dan lama akan hadir termasuklah anak-anak dan cucu-cucu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai suatu penghargaan buat seniman itu.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-64632944741718338332013-06-06T20:01:00.002+08:002013-06-06T20:01:37.608+08:00TEKANKAN SOLAT DARI KECIL

ISRAK Mikraj merupakan satu peristiwa yang tercatat dalam lipatan sejarah umat Islam apabila terjadinya pengembaraan Nabi Muhammad SAW ke langit dalam satu malam sahaja untuk bertemu Allah SWT.

Sepanjang pengembaraan Israk Mikraj, baginda diperlihatkan dengan keseluruhan perjalanan kehidupan manusia melalui balasan yang Allah SWT berikan. Termasuk individu yang degil mematuhi syariat agama Islam.

Namun, perkara utama yang berlaku pada malam itu adalah turunnya perintah solat seperti mana yang kita tunaikan pada hari ini.

Walaupun pada mulanya Allah SWT memerintahkan bilangan solat berjumlah 50 waktu, namun Rasulullah SAW memohon agar jumlah itu dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam.

Akhirnya permintaan baginda diterima Allah. Lalu dituntut umat Islam menunaikan lima waktu solat iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.

Solat fardu yang bermula seawal pagi diikuti waktu petang sehinggalah sebelum pertengahan malam merupakan satu kewajipan harian yang wajib ditunaikan oleh umat Islam sebagai tanda kepatuhan dan perasaan syukur kepada Allah selaku tuhan sekalian alam.

Solat fardu berbeza daripada ibadah lain. Bukan sahaja daripada sudut rukun dan syarat, namun masing-masing mempunyai kaitan iaitu untuk tunduk kepada perintah Allah.

Oleh demikian, bagi mendapat kualiti solat, kita dituntut mendalami konsep ibadat itu.

Maka para ulama mewujudkan pelbagai cabang ilmu berkaitan ibadah contohnya seperti Fikah Solat.

Bahkan kewujudan program perkhemahan solat atau bengkel penghayatan sembahyang penting supaya umat Islam menjiwai ilmu agama selain mendapatkan ibadat solat yang sempurna dan diterima Allah SWT.

Menurut Jurulatih Akademi Daraini Management, Dr. Azhar Yaakub yang telah menjalankan program penghayatan solat sejak lima tahun lalu, hal demikian berlaku kerana masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa yang kurang arif dalam ilmu fikah mahu ahli keluarga mereka menjiwai ilmu agama.

Jelas Azhar, mereka kemudian menyertai atau menghantar anak-anak ke program solat yang kebiasaannya dianjurkan pada musim cuti sekolah.

Sebaliknya menurut Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu, timbul masalah apabila para ibu bapa menyerahkan bulat-bulat kepada pengajur program solat untuk mendidik anak mendalami solat.

"Sedangkan ketika di rumah mereka tidak pernah mengajak anak-anak menunaikan ibadah itu.

"Pendidikan ini sepatutnya bermula dari rumah. Golongan seperti kami hanya pembimbing dalam waktu singkat. Mungkin tiga hari atau seminggu kami boleh mendidik mereka tetapi pada akhirnya tugas itu terletak di bahu ibu bapa untuk selamanya.

"Maka berlakulah masyarakat malas menunaikan solat apabila anak-anak tidak dilatih dan terdidik oleh ibu bapa sejak dari awal untuk solat," kata beliau.

Menurut Azhar, masyarakat kini menyedari peri pentingnya pendidikan agama khususnya berkaitan solat. Tetapi sebenarnya semua itu perlu bermula dari rumah.

"Jika benih subur maka buahnya akan manis. Begitu juga dengan solat," katanya.

Tunai solat

Nada sama turut dilontar oleh Pembimbing Motivasi Telaga Biru Training dan Consultancy, Yaser Mohd. Akhir yang menegaskan selama ini pelbagai pihak menyalahkan televisyen, alat permainan video, hiburan sebagai punca anak-anak tidak menunaikan solat.

Sebaliknya ujar beliau, hal berkenaan disebabkan oleh kurangnya penerapan dan penekanan oleh ibu bapa terhadap permasalahan itu.

Kata beliau, ibu bapa perlu tanam konsep 'pentingnya' solat dan 'mudahnya solat' dalam sanubari anak sejak daripada buaian lagi. Jika hal itu berterusan maka visi melahirkan masyarakat menunaikan solat bakal tercapai.

"Orang yang menjaga solat, insya-Allah akan terus menerus menjaganya. Manusia tidak akan senang hati jika perbuatan yang biasa dilakukan, tidak ditunaikan.

"Sebagai contoh, sejak dari kecil pada setiap pagi kita diajar menggosok gigi dan mandi. Hal ini sudah menjadi kebiasaan walaupun sejuk, kita tetap akan mandi dan gosok gigi. Kalau tidak mandi, kita rasa sesuatu tidak kena. Hal ini disebabkan mandi sudah sebati dengan darah daging kita. Begitu juga dengan solat," ujar Yaseer.

Mengapa kem solat?

Ketika ditanya kepada kedua-dua individu itu yang merupakan penganjur program solat, mengapa mereka memilih ibadat tersebut berbanding puasa, zakat dan sebagainya sedangkan selainnya merupakan Rukun Islam.

Selain itu turut ditimbulkan juga persoalan penganjuran perkhemahan solat tidak pula kepada program kecemerlangan sahsiah, akademik dan sebagainya.

Ketika menjawab soalan itu, Azhar terlebih dahulu menyatakan bahawa solat merupakan ibadat asas dalam agama Islam.

"Seseorang yang tidak menunaikan solat tidak akan menjadi manusia terbaik. Seseorang yang tidak baik akan menjadi manusia berguna selepas dia melakukan ibadah solat.

"Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah menerusi ayat 45 surah al-Ankabut yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar," kata Azhar.

Azhar mengambil pengalaman beliau yang pernah dijemput oleh sebuah syarikat korporat untuk memberi motivasi kepada kakitangan yang mengalami masalah integriti.

Akhirnya, perunding motivasi itu memperkenalkan satu program yang dinamakan terapi diri melalui kaedah asas solat.

"Program itu berjaya. Oleh demikian, saya merumuskan bahawa solat merupakan jalan penyelesaian masalah yang melibatkan penyakit dalaman," kata beliau.

Menurut beliau, solat merupakan ibadah asas yang memberi maksud jika hubungan manusia dengan Allah betul, maka hubungan sesama manusia akan positif.

"Konsep solat adalah menggambarkan Allah melihat hamba-Nya. Lalu ketika solat kita akan tekun dan khusyuk. Hal ini sama dengan manusia. Jika kita berniat untuk malas berkerja hanya disebabkan majikan bercuti atau tiada di pejabat tetapi sekiranya menggunakan konsep solat, nescaya manusia akan amanah dalam pekerjaan.

"Oleh sebab itu saya utamakan solat berbanding elemen-elemen lain. Solat itu ibadah asas. Jika sempurna solat, maka perjalanan hidup manusia itu baik," kata Azhar.

Perkara sama turut dijelaskan oleh Yaseer bahawa umat Islam yang berdisiplin lahir daripada ibadah solat.

Kurangnya akhlak manusia berpunca daripada individu yang tidak menjaga solat.

Tambah beliau, jika melihat kembali konsep solat, tidak satu pun dalam Islam satu ibadah yang memerlukan tumpuan 100 peratus dan tidak boleh bergerak selain gerakan yang ditetapkan sahaja melainkan ibadah itu.

Bahkan jelas beliau, perlu diingat bahawa malaikat Jibrail menjadi perantara di antara Allah dan Rasulullah dalam menyampaikan sebarang ilmu dan ibadah serta hukum-hakam, kecuali solat.

"Solat diwajibkan apabila Rasulullah bertemu dengan Allah dalam peristiwa Israk Mikraj dan bukannya melalui Jibril.

"Maka ditekankan solat perlu diberi perhatian kepada setiap manusia bahawa solat juga merupakan perkara pertama yang akan disoal di mahsyar nanti," tegas beliau.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-18585532266826840232013-06-06T19:58:00.001+08:002013-06-06T19:58:18.915+08:00DAP AMAL SIFAT PERKAUMAN

KUALA LUMPUR 5 Jun - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh UMNO sebagai parti perkauman kerana menolak cadangan semua parti komponen di bawah Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi sebuah parti tunggal dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, DAP sebenarnya lebih terbukti sebagai parti perkauman selepas berjaya menambah kerusi melalui tsunami Cina dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berbanding Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"DAP tidak menang pun sebarang kerusi di kawasan majoriti Melayu, bahkan tidak berani bertanding di kawasan tersebut.

"Malah, melalui monopoli undi Cina, DAP berjaya membantu PKR menewaskan calon UMNO yang bertanding di kerusi yang peratus pengundi Melayu dan Cina hampir seimbang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com baru-baru ini.

Artikel itu menyebut, keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti itu berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.

Menurut Mohd. Puad, DAP resah selepas isu tsunami Cina diperbesarkan kerana bimbang orang Melayu akan menjauhkan diri daripada parti itu apatah lagi perkara tersebut boleh menjejaskan hubungan mereka dengan Pas.

Perkara itu, kata beliau, turut menjelaskan mengapa DAP bersungguh-sungguh membantah penayangan filem Tanda Putera kerana mahu menutup sejarah dan cuba membohongi rakyat tentang sikap perkauman mereka.

"DAP sebenarnya berjaya menghasut pengundi muda Cina bahawa sosial kontrak tidak bermanfaat dan perlu dibatalkan.

"Sedangkan sosial kontrak yang membantu negara menangani masalah kaum di negara ini termasuk mewujudkan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT),'' katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, walaupun UMNO hanya untuk orang Melayu tetapi parti itu komited dengan dasar yang inklusif.

"Dasar itu menjadi dasar utama BN sedangkan pembangkang sehingga hari ini gagal didaftarkan kerana terhalang dengan dasar kecinaan DAP yang tidak serasi dengan dasar Islam Pas yang juga sebuah parti hanya untuk orang Islam," katanya.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5387896552451938275.post-60220425137546532392013-06-06T19:55:00.002+08:002013-06-06T19:55:57.193+08:00Peranan Institusi Raja Melayu

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai kontroversi telah melanda khususnya ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang baharu berlalu dengan memberi kesan cukup mendalam kepada masyarakat berbilang kaum.

Walaupun kaitannya lebih cenderong kepada aspek politik tanah air, kontroversi tercetus ternyata boleh meninggalkan ‘parut’ yang sukar untuk dihilangkan begitu sahaja.

Lebih membimbangkan ia boleh menjadi ancaman atau mewujudkan budaya negatif dalam kalangan generasi masa kini apabila kedudukan Raja-Raja Melayu turut diheret dalam kancah politik sehingga terpaksa membawa kepada campur tangan pihak berkuasa.

Penggunaan media sosial secara meluas di negara ini seperti ‘facebook’, portal dan laman blog turut membawa ‘trend’ atau budaya baharu kepada segelintir individu dan pihak tertentu yang menyalahgunakan kemudahan terkini itu, sama ada untuk mempertikai atau menghina Institusi Raja.

Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat yang cintakan negara mengenai tabiat buruk tersebut kerana bidang kuasa Raja-Raja Melayu cukup luas serta menjadi lambang pemerintahan negara ini berteraskan Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya, apakah zaman sudah berubah, generasi masa kini sudah tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya Institusi Raja di negara ini? Kenapa sejak akhir-akhir ini, semakin ramai berani melemparkan pelbagai tuduhan dan penghinaan berbanding masyarakat terdahulu yang cukup menyanjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu?

Justeru memandangkan fenomena tersebut yang semakin meruncing, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 yang yang diadakan di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga esok (5 Jun hingga 6 Jun).

Sudah pasti ia menarik tumpuan masyarakat pelbagai peringkat khususnya generasi muda untuk menghayati pentingnya peranan Raja-Raja Melayu dalam amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, walaupun universiti berkenaan merupakan intitusi pengajian tinggi (IPT) kejuruteraan, peranannya dalam membentuk sahsiah masyarakat tetap menjadi agenda utama melalui pelbagai program yang diatur sejak kebelakangan ini.

“Memang UniMAP universiti kejuruteraan tetapi peranannya dalam menjalankan tanggung jawab sosial perlu dilaksanakan khususnya dalam membangunkan insan terpelajar tetapi mempunyai peribadi murni,” tambah beliau dalam wawancara khas sempena SIRaj 2013 pejabatnya di Kampus Induk UniMAP, Arau, Perlis baru-baru ini.

Menurut Kamarudin, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan seminar berkenaan atas kesedaran bahawa ramai di kalangan anggota masyarakat khususnya generasi muda kurang mendapat maklumat terperinci mengenai Institusi Raja dan peranannya dalam menjana kemakmuran negara.

“Ramai mungkin tidak mengetahui perkembangan sejarah Raja-Raja atau Kesultanan Melayu bermula sejak dahulu sehingga ke hari ini.

“Mungkin ini antara faktor menyebabkan mereka tidak meletakkan Raja-Raja Melayu di kedudukan tinggi sehingga sanggup mencerca dan menghina sistem pemerintahan beraja, budaya yang perlu diperbetulkan supaya keharmonian dikecapi sekarang berkekalan,” tambah beliau.

Sehubungan itu, kata Kamarudin, UniMAP menerusi pembentukan Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) yang dilancarkan baru-baru ini akan memastikan agenda mempertahan dan memartabatkan Institusi Raja diutamakan.

Dengan menyasarkan lebih 400 peserta termasuk pelajar dan kakitangan IPT, anggota pasukan keselamatan dan beruniform serta pegawai kerajaan, korporat dan swasta, SIRaj 2013 menampilkan pihak istana, pakar-pakar sejarah dan cendekiawan untuk membentangkan kertas kerja berkaitan Institusi Raja.

“SIRaj 2013 dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menghimpunkan pelbagai bentuk maklumat penting tentang Institusi Raja di negara ini selain membincangkan mengenai hal ehwal negara-negara yang turut bersistemkan pemerintahan beraja seperti Thailand, Brunei, Kemboja dan sebagainya.

Mencuri tumpuan tentulah kehadiran Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyampaikan titah ucaptama dalam seminar tersebut.

“Lain-lain pembentang kertas kerja termasuk Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria; pakar sejarah yang terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling serta bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot.

Jelas Kamarudin, seminar tersebut merupakan permulaan kepada program anjuran UniMAP melalui pusat berkenaan yang merancang untuk mengatur lebih banyak agenda berkaitan Institusi Raja.

“Mengenai penubuhan PKIRM yang diketuai oleh Ramlah, selain mempunyai tujuan untuk menyimpan pelbagai maklumat dan sejarah mengenai Raja, ia bertujuan untuk:

Menjadi satu tempat khusus untuk mengkaji hal ehwal berkaitan Institusi Raja sebagai satu institusi istimewa alam sistem pentadbiran Malaysia.

Melahirkan satu pusat dokumentasi atau data bank bagi Institysi Raja Malaysia yang tekah wujud 11 Masehi, namun maklumat mengenai institusi ini masih bertaburan dan tidak kemas kini.

Memberi kefahaman yang jelasdan relevan serta membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang peranan, kedudukan dan sumbangan Institusi Raja supaya rakyat akan terus mendokong dan mendaulatkan Raja Berpelembagaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Meletakkan martabat yang tinggi terhadap Institusi Raja dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri dengan menyediakan modul kursus dan latihan tentang protokol, adat istiadat, prosedur dan lain-lain hal berkaitan Institusi Raja.

Menyebarkan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai Institusi Raja melalui penerbitan akademik, separa akademik atau popular tentang Institusi Raja bagi melestarikan kepentingan Institusi Raja Malaysia.

Menjalankan kerjasama dengan mana-mana pusat kajian Institusi Raja antarabangsa bagi memperkukuhkan kewibawaan Institusi Raja Malaysia di mata dunia.

Kamaruddin berkata, menerusi SIRaj 2013 yang merupakan program pertama PKIRM, ia dijangka membawa perubahan besar terhadap Institusi Raja khususnya dalam menyedarkan generasi masa kini supaya menghormati Raja.

Dengan matlamat itu, harapan tinggi diletakkan ke atas SIRaj 2013 supaya menjadi perintis ke arah negara maju dan makmur di bawah payung Raja-Raja sebagai tonggak atau lambang pemerintahan Malaysia yang berdaulat.

Centurionhttp://www.blogger.com/profile/01977278595714060192noreply@blogger.com0